seyh,,

nasihat utk diri sendiri..

Jangan keluar rumah dengan perasaan marah atau benci
Kalau korang bengang dengan parents macam mana sekali pon, jangan sesekali keluar rumah tidak bersalam, tidak bermohon maaf. Tak kisahlah kalau kau rasa diorang yang tak betul marah korang kan. Korang rasa korang tak salah ke apa, atau ada bukti-bukti kukuh macam mana sekali pon yang korang tak bersalah, abaikan semua itu. Salamlah dengan parents anda. Sebab, kau tak tau, kalau umur kau tu masih panjang, atau (mintak jauh) parents sendiri. Ajal bila-bila, dan di mana-mana saja boleh sampai.
Ini boleh diaplikasikan pada rakan-rakan di sekeliling juga, atau manusia lain. Kalau kau marah dengan kawan kau ke, cubalah berbaik. Percayalah rasa benci dan sakit hati ni memakan diri. Kalau dah bermaafan, lega rasanya. Tak kisahlah kalau kawan kau tu yang salah, apa salahnya kau mintak maaf dulu. Buang segala ego. Tak semestinya mengalah itu kalah.

Pasangan kekasih, usahlah berkasih-kasih secara fizikal
actualy, aku xtau sgt..haha..just jge batas la..jge nama beik mak bpak..
bagi aku kapel bleh, tpi mesti biase2 sje..;)

huda tolong jage hubungan anda yee

faiz hakim bolehhh;DD

Belajar itu sangat penting
Belajar rajin-rajin. Especially korang yang masih di sekolah menengah. Please. Jangan sibuk nak keluar dengan kawan sepanjang masa. Jangan sibuk nak onlinelah, blogginglah, facebooklah, farmville lah apa jadah semua perosak anak-anak muda zaman sekarang. Aku sendiri banyak merugikan masa sebab internet, hidup aku tunggang langgang sebab internet. Cuba kawal diri. Serius, spending too much time on the internet is no good.

p/s: igat empat rata kau huda..struggle 4 next sem;)

Jaga solat. Jaga aurat
Ini nasihat terbeik. Kalau solat 5 waktu terjaga, insya-Allah hati akan sentiasa tenang, dan hidup akan rasa sangat senang dan mudah. Aku hidup pon serabut sebab dua-dua ni aku tak berapa jaga. penting nasihat niee;)

Jaga makan. You are what you eat
Jagalah pemakanan. Jangan makan mana-mana tah, halal dan haram buat dek jek. Haram bukan saja babi dan arak. Makanan yang 'tak bersih' secara tak langsung boleh memberi kesan pada akhlak kita. Malas solat? Malas baca Qur'an? Malas beribadah? Mungkin kerana anda tak jaga makan minum anda.

Tidur sebelum pukul 11pm
Nasihat ni pon aku patut aplikasikan. Antara jam 11 malam hingga ke 3 pagi, adalah masa badan kita akan memproses segala macam toksik dalam badan. Kalau tak rehat, tak sempurna proses semulajadi ni. Tak sakit sekarang, nanti tua esok baru menyesal sebab tak jaga dari masa muda.

tapi aku pown suke stay up smpai 2,3 pagi..huhu..mybe btol ustazah aku pnah ckp waktu terbeik nak study adalah dari jam 3-6pagi..same waktu ngan waktu mustajab nak berdoa.

mybe i should try..

Berhenti mengata orang and never say never
Tak usahlah mencanang-canang keburukan orang. Akan kena kat kau balik, tak pun kat anak-anak kau kelak. What goes around comes around.
Dan janganlah kau nak laungkan pada orang "AKU TAK AKAN BUAT MACAM TU". Niat saja dalam hati. Sebab kalau kau cakap macam tu, biasanya suatu hari nanti kau akan buat macam tu, maybe sengaja atau tak sengaja.


Ada benda yang aku buat jugak dan serious menyesal n aku cube nak stop.Lagi-lagi pada yang baru hendak merasa hidup yang sementara ni, banyak godaan.

Marilah kita sama-sama menjadi manusia yang lebih baik. Ayuh!