:D

selamat pagi,
memandangkan esok hari saya akan kembali ke matrikulasi selangor untuk teruskan usaha mengejar empat rata saya, maka saya telah mencari sedikit tips cara belajar yang berkesan. saya berharap untuk 2nd sem nie, tiada lagi belajar last minute, tiada lagi perkataan 'tak paham', 'kusut', 'porke', 'kenapa camnie plak', 'kite pernah belajar ek bende nie' dan perkataan yang menunjukkan saya tak fokus dalam kuliah mahupun tuto.
saya juga berharap saya dapat menyiapkan semua tutorial que supaya saya tidak kelihatan bluurr didalam klas. saya juga berazam utntuk mengekalkan prestasi duduk di barisan pertama ketika kelas tutorial dan menyebabkan semua madam/sir mengingati name saya(:


TIPS BELAJAR DARIPADA DR.FADZILAH KAMSAH.

Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

Belajar dalam persekitaran kondusif.
  • pastikan cahaya adalah terang
  • kurangkan gangguan bunyi
  • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • kerusi dan meja menghadap kiblat
  • jangan lupa untuk senyum
tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

Mempunyai teknik membaca yang betul:
  • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  • memberikan tumpuan sepanuhnya
  • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
~Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

~Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

~Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

~Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

Tahu petua mengulang kaji
  • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
  • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
  • duduk tegak dikerusi yang selesa
  • baca doa penerang hati
  • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
  • fikir dan ingat kembali isi utama
  • catat/lakar
  • semak semula ketepatan maklumat
  • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  • buat rumusan
  • jawab soalan
  • tampal maklumat yang rumit di dinding
  • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
Tahu petua-petua agar tidak lupa:
  • jangan makan kepala ikan
  • jangan makan organ dalaman
  • jangan minum semasa makan
  • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • jangan melihat kemaluan
  • jangan melihat buih
  • jangan membaca nama pada batu nisan
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
  • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  • banyakkan makan kekacang
  • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • jangan makan sehingga terlalu kenyang
  • jangan kencing berdiri
~Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  • taat kepada Allah
  • mendirikan sembahyang
  • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • hormati & sayangi guru
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  • membantu rakan yang memerlukan
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • sentiasa bertawakal
  • mahir dalam setiap mata pelajaran

ya allah, semoga nurhuda binti abd wahab dikurniakan hati yang tenang, dipermudahkan menerima ilmu
dan dijauhkan dari sifat mudah putus asa dan sifat kedekut serta sombong..aminnn.